Aku adalah aku, bukan dia bukan kamu, cuma aku... Semua yang tertulis di sini adalah pandangan peribadiku. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka. Andainya ada yang terguris hati, maafkan saya. Sesungguhnya diriku hanyalah hamba yang tidak sempurna.

Tuesday 26 April 2011

Kisah "Itulah Pentingnya English Edukesyeeeeeennnnn"

Salam ceria,

Pada suatu hari  aku melawat sebuah laman web www.syok.org.  Aku selalu baca article kat sini sebab ada banyak citer lucu. Aku memang sukakan sesuatu yang lucu. Tetiba ada satu article ni  yang dipostkan oleh DrCarribean . Samada  ini hasil nukilannya atau diambil dari sumber2 yang lain aku tak pasti...  Oleh itu, marilah kita berhibur dengan satu cerita amat memilukan ini....


P/S :  Citer ini di copy paste tanpa ada sebarang "editing"

Sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...


Tersebut al-kisah 2 insan bercinta...

yg laki tu nama Razak,yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni

sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah ni lak panggil

razak ni 'abang' je cos diorang ni dah

close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun.

Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka

masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...Imah ni kesepian le kat Singapura.

Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2 imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi

makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah

ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2

razak drpd hati imah..



Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 lemamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razakternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town.maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh...tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2...sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarultu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura.



Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah

imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam.

razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat

masa sepeninggalanku" imah terperanjat...

"err bila masalak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata...tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul..." imah terdiam...

"tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK

tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu...

"razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang

menangis...



I can tell by your eyes

That you've probably been crying forever

And the stars in the sky

Don't mean nothing to you

They're a mirror

I don't wanna talk about it 

How you broke my heart

If I stay here just a little bit longer

If I stay here won't you listen

To my heart, ohhh, my heart



imah terdiam... masih menangis....razak sambung...



If I stand all alone

Will the shadows hide the colours of my heart

Blue for the fears

Black for the night's fears

The stars in the sky

Don't mean nothing to you> They're a mirror




I don't wanna talk about it

How you broke my heart

If I stay here just a little bit longer

If I stay here won't you listen

To my heart, ohhh, my heart




"suara razak terus mendayu2....



"My heart, oh my heart, this old heart.........

""I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.

But if I stay here just a little bit longer,if I stay here, won't you listen

to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"



razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...

walaupunair mata masih mengalir...



My heart, oh my heart, this old heart.........

""I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.

But if I stay here just a little bit longer,

if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?

My heart, oh, my heart!"




setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu...

tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu

abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan

suara perlahan... " err...... err..." kata imah dlm keadaan

bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggupterima..."

tambah razak...perlahan2.. imah berkata



"abang...""sebenarnya... imah tak paham bahasa Inggeris..."

Monday 25 April 2011

KISAH EMAIL DAN WEB BANK PALSU

Hari ini aku mendapat satu email daripada m2u@maybank.com.my yang aku memang dah tau email palsu sebab Maybank memang dah inform bahawa maybank tidak pernah dan tidak akan menghantar email kepada pelanggannya.  Tapi yang lawaknya email daripada m2u@maybank.com.my tapi kisahnya berkenaan bank CIMB.. nampak sangat menipunya.  Dibawah aku sertakan email daripada si penipu ni..


Dear CIMB Customer!
Due to the new enhanced security program that was installed on our server,
our customers can now perform daily online transactions with peace of mind
knowing of there private financial information is well protected.

Please visit the CIMB Clicks website in this message and validate your details
on our new security server.

Log on to www.cimbclicks.com.my to complete the validation process.

P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required
during update.
Thank you,
Warm Regards,
CIMB Clicks Team




Bila aku letakkan cursor kat link tu, satu lawak jenaka terjadi... link cimbclicks tapi yang keluar https://www.elemis.com.au//Cimbclicks/sslactivate/index.html...


Perghhhh guna https tu... bagi sesiapa yang tak perasan akan klik... dan akibatnya habis semua maklumat akaun anda akan diperolehi oleh sang penipu.. dan akibatnya habis wang anda dikeluarkan oleh sang penipu... dibawah ni aku tunjukkan contoh web penipu tu...


Klik untuk besarkan...

Cuba lihat sebiji macam yang original... cuma alamat webnya yang berbeza iaitu https://www.elemis.com.au//Cimbclicks/sslactivate/index.html

Sekarang ni kita lihat pula web yang ORIGINAL...

Klik untuk besarkan...

Kan.. sama kan... cuma address yang berbeza.. yang sebenar guna address https://www.cimbclicks.com.my/ibk/

Nak tengok perbezaan kedua-duanya aku merajinkan diri aku buat kerja seperti dibawah.

Klik untuk besarkan...

Pergh.. tak der beza pun.. cuma kalau anda teliti selain daripada address yang berbeza, kalau anda clik kat pautan yang lain terutama kat logo bank negara dll dia tidak akan bagi pautan ke web tersebut...

Jadi nasihat aku, apabila terima email yang sebegini lebih baik berhati-hati dan kalau boleh deletekan terus... bukan apa aku kesian tgk dalam paper ramai yang kena tipu...

kalau dari maybank selalunya akan dapat email yang macam ni

Dear Maybank Customer,

Our security control systems (SCS) has detected a serious security treat in your account. For safety reasons, we have suspended access to your account pending your verification and reactivation.

Follow below reference to reactivate now.
https://www.maybank2u.com.my

Please be informed that inactive accounts will be deactivated in less then 5min for security purposes. We regret any inconvenience caused.

Account Monitoring

Malayan Berhad
© 2009 maybank2u.com.my

Untuk maybank ada juga address email cam ni online.alerts@maybank2u.com.my  ini pun email penipu... selalunya dia akan bagi message sebegini

We employ appropriate technical security measures to protect your personal information and ensure that it is not accessed by unauthorised persons. Information storage is on secure computers in a locked information centre and information is encrypted wherever possible.

Our security procedures also provide that we may request proof of identification before we will release personal information to you. We undergo periodic reviews of our security policies and procedures to ensure that May Bank systems are secure and protected

However, your account have been flagged by our security team. We therefore require additional information in order to restore full access to your online banking account. Click the link below to proceed

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login 

Failure to comply to the instructions stated above might lead to permanent service suspension.


Oleh itu,  kesimpulannya, 

YANG PERTAMA
- Periksa sender email tersebut. Kalau rasa macam pelik tapi ajaib delete jer...

YANG KEDUA
- Search host email tersebut... selalunya host tu akan berada diluar negara...

YANG KETIGA
-Check domain web tersebut... selalunya bank akan guna address yang sama contoh cimbclick.com.mu dan bukannya elimis.com.my atau andakenatipu.com.my.. auta.com.my.. dan lain-lain yang pelik ler...

YANG KEEMPAT
- Tepon jer  bank untuk confirmkan.. tapi jangan guna nombor yang ada dalam web tu.. sebab kekadang depa ni setkan line palsu utk tipu orang.. call jer telekom mintak nombor.. tak salah aku tekan 103 kot... yang ni lagi selamat..

Akhir kata.. hati-hati di lebuhraya internet ni... banyak penyamun tanpa rupa..

Sekian wassalam...



Wednesday 13 April 2011

Hukum Al Quran dalam HP dan juga terbalik tangan semasa doa tolak bala

Sebelum ni kerap kita dengar pendebatan2 tak kira ler dalam facebook ker, twitter ker kat kedai kopi ker pasal hukum hakam ni, padahal yang berdepat tu pun ilmu tak seberapa, main hentam jer konon nak tunjuk dia pun pandai bab agama... so kita dengar-dengarkan lah  video ni. Semoga apa yang tak faham kita akan faham dengan lebih jelas.. Insyaallah


Monday 11 April 2011

Tempahan Logo

Pengalaman ku dalam bidang graphic & design masih baru lagi, masih banyak yang perlu ku pelajari, tetapi alhamdulillah dengan sedikit kelebihan ini pelbagai tempahan telah diterima hanya dengan sedikit ilmu yang ku perolehi ini. terbaru rakanku meminta diciptakan satu logo buat syarikatnya yang nak ditubuhkan.. So abang zai, terimalah beberapa idea yang mungkin sesuai...

Konsert lagenda Double Trouble Live @ Melaka

Kepada peminat Search dan Wings, satu siri terakhir konsert Double Trouble akan diadakan di Stadium Hang Jebat, pada 27 Mei 2011 (Jumaat) di Stadium Hang Jebat, Melaka.


                                           Poster Konsert Lagenda Double Trouble. Klik untuk besarkan


Kepada mereka yang tak pernah ke Stadium Hang Jebat ini boleh guna map ini...

                           Peta ke Stadium Hang Jebat.  (Klik untuk besarkan) Aku design sendiri ni.. 
                                                    Sesiapa nak copy aku benarkan. Lain kali senang nak pi..


Tiket dimaklumkan berharga RM70.00 untuk di padang dan RM100.00 untuk grand stand. Tapi pada pendapat aku, kaki rock mesti nak berada di padang ler baru best. Bagi yang bercouple dan berkeluarga duk kat grand stand ler.. tak ler bersesak-sesak. Yelah, aku paham walaupun dah beranak pinak, tapi dek minat punya pasal, nak join, apatah lagi ini yang last.. pas ni dah tak der dah.. katanya...


Nak dapatkan tiket kat mana??? Dipahamkan boleh layari www.ticket2u.biz untuk tempahan online atau kunjungi kaunter Transnasional atau Bank Simpanan Nasional (BSN).. kalau nak maklumat lanjut terus tepon nombor ni : 06-267 1657 / 1658 / 1660 ataupun terus kunjungi www.dtmelaka.blogspot.com

 Sebelum berakhir kita layan dulu lagu gemuruh masa di jay bee kay.... see u all there..



TEPUK DADA TANYA SELERA????

Tepuk dada tanya selera... ermmm sebenarnya daripada dulu lagi aku tak bersetuju ngan kenyataan ini. Apa sahaja yang mengikut selera selalunya akan membawa kepada impak negatif kalau kita tak pandai mengawalnya.  Sebagai contoh kita nak beli kereta, tapi bajet yang kita mampu bayar bulan bulan cuma dalam RM300 lebih jer.. so keta terbaik adalah jenis proton dan kebawah. Tapi kita tepuk dada tanya selera... emm dah tentu selera kata nak beli keta honda, bmw sport ker dll. tapi boleh bayar ker... akhirnya kena tarik kereta...

                                                          Adakah ini kereta kena tarik ???

Itulah padah kalau tanya selera.  Hari ni dalam paper pelanggan kena bayar 13 ribu sebab makan ikan patin... aku tak salahkan peniaga tu, tapi aku salahkan pelanggan tu. bukannyer tak tau harga ikan patin memang mahal.. apasal tak tanya dulu rega dia... ini semua sebab tanya selera ler.... aku percaya pelanggan tu bukan makan seketul jer ikan patin tapi berketul, ketul seorang, tak masuk lauk lain lagi.. ini semua sebab selera ler...

Oleh itu,  apa kata kita tukar daripada tanya selera kepada tanya MINDA.. Tepuk Dada Tanya Minda... best gak sebutannya... kalau kita tanya minda, dah tentu kita akan berfikir dulu sebelum membuat apa-apa tindakan.. dan Insyaallah... kalau dah tanya minda dan diiringi dengan tanya IMAN.. apa yang kita lakukan pasti akan selamat dan diberkati-Nya.. Insyaallah...

Hari Ini Dalam Sejarah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Setelah bertahun-tahun nak buka blog sendiri, alhamdulillah  baru kali ni berjaya melaksanakannya.  Semoga hasrat ini bukan hangat-hangat tahi ayam...